Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Maklumat

SEJARAH SEKOLAH

Perkembangan kemajuan sekolah berlaku sejajar dengan kepesatan pembangunan daerah Setiu. Pertambahan penduduk di sekitar Kg. Guntung dan Kg. Panchor Merah pada tahun 70 an telah menyebabkan penduduk yang berada di sekitar Guntung Luar hingga ke Kg. Panchor Merah telah menghantar anak-anak mereka ke S.K. Guntung Luar.

Apabila penduduk semakin bertambah iaitu merangkumi Kg. Pandang Serai, Kg. Teluk Tasik, Kg Ulu Kekabu dan Kg. Panchor Merah dan ditambah pula dengan kewujudan Felcra Panchor Merah, maka bilangan murid di S.K. Guntung Luar juga bertambah.

Permohonan bagi pembinaan sekolah baru telah dikemukakan oleh JKKK Panchor Merah pada tahun 1978. Tapak asal bagi pembinaan sekolah ialah di sebelah kawasan perkuburan Kg. Panchor Merah, tetapi ianya mendapat bantahan daripada penduduk sekitar dan akhirnya telah dipersetujui bahawa tapak sekolah ialah di Bukit Guntung Anak iaitu tapak sekolah yang ada sekarang ini yang mana dulunya merupakan tapak longgokan kayu balak.

SKPM mula dibina pada tahun 1992 dan siap pada tahun 1995, dan mula beroperasi pada tahun 1996. Sekolah ini mempunyai dua blok bangunan yang menempatkan 14 bilik darjah, sebuah makmal sains, dewan, bengkel KH, stor sukan, bilik guru, bilik komputer, bilik perpustakaan, bilik KK, bilik tayangan, pusat sumber, dan beberapa bilik lain.

Guru Besar pertama sekolah ini ialah Tn. Hj. Mat Ali bin Jusoh (1996-19997), diikuti oleh Encik Nik Anuar bin Abdullah (1998), Tn. Hj. Wan Ahmad bin Wan Su (1999), Tn. Hj. Ahmad Daud (2000-April 2008), En. Kamardin bin Kaffi (April 2008-November 2008), Tn. Hj. Saikh Kamaruden b. Saikh Ismail (November 2008-Mac 2009) dan Guru Besar sekarang ialah En. Mohammad Noor b. Mat Hasan (bermula Mac 2009),. Kini sekolah ini mempunyai 20 orang guru termasuk 2 orang guru J-Qaf, 4 orang staf sokongan, 6 orang kakitangan swasta dan 3 orang pengawal keselamatan manakala murid sekolah ini mencapai 208 orang (Disember 2009).


MISI

Bahawa sesungguhnya
Misi
Sekolah Kebangsaan Panchor Merah
ialah
"Merealisasikan SK Panchor Merah cemerlang dalam bidang kurikulum,
ko kurikulum dan sahsiah menjelang 2020"






VISI



Bahawa Sesungguhnya
Visi
Sekolah Kebangsaan Panchor Merah
ialah melaksana dan merealisasikan sebaik mungkin matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri sebagaimana yang terkandung dalam Matlamat Pendidikan Negara dan tersurat dalam Falsafah Pendidikan Negara ke arah menjadikan SKPM sekolah yang gemilang dan terbilang dalam tahun 2010.



SLOGAN


BERUSAHA MENGEJAR KECEMERLANGAN.



MOTTO


BERILMU, BERAMAL, BERAKHLAK.

Pengertian

Berilmu - Melahirkan murid yang sentiasa berusaha gigih dalam menimba ilmu   pengetahuan.

Beramal - Melahirkan murid yang sentiasa beramal soleh dan mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang ditimba.

Berakhlak - Melahirkan murid yang mempunyai akhlak mulia sejajar dengan ilmu yang dituntut dan amalan baik yang diterapkan.










MAKSUD PERLAMBANGAN DAN WARNA LENCANA SKPM



  1. Nama sekolah yang diringkaskan menjadi SK Panchor Merah, berada di atas lencana - menjunjung nama sekolah dengan kemuliaannya sebagai tempat mencari ilmu dunia dan akhirat.
  2. Bendera negeri Terengganu - negeri bertapaknya SKPM
  3. Topi ijazah dan segulung sijil - ilmu pengetahuan yang diperolehi akan membawa kejayaan yang cemerlang kepada murid-murid.
  4. Obor - semangat yang tak kunjung padam yang ada dalam diri murid-murid dan guru-guru SKPM dalam memberi dan menerima ilmu pendidikan demi kejayaan anak bangsa.
  5. Roda teknologi yang mengelilingi obor - dalam mengejar kejayaan, guru-guru dan murid-murid berani menerima dan melakukan perubahan yang sesuai dengan perkembangan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.
  6. Buku - perkembangan ilmu pada asasnya melalui buku. Buku adalah alat utama untuk mendapat ilmu dan pengetahuan.
  7. Berilmu, Beramal, Berakhlak - motto SKPM dalam memberikan khidmat yang terbaik kepada murid-murid dan guru-guru dengan nilai-nilai yang terpuji.
  8. Warna Biru - melambangkan perpaduan seia dan sekata dalam kalangan warga SKPM dari Guru Besar, guru-guru, dan semua kakitangan SKPM.
  9. Warna Coklat - warna bagi daerah Setiu, Terengganu.
  10. Warna Kuning - melambangkan penghormatan dan kemuliaan yang diperolehi daripada sikap yang positif dan fikiran yang terbuka dalam kalangan warga SKPM.
  11. Warna Merah - disesuaikan dengan nama SKPM, melambangkan keteguhan dan kesabaran yang ada dalam diri murid-murid dan guru-guru SKPM dalam mengejar cita-cita.





LAGU SEKOLAH

SKPM SEKOLAH KITA
LAMBANG KEBANGGAN BERSAMA
CEKAP MENDIDIK SEMUA ANAK BANGSA
KE ARAH WAWASAN YANG MULIA

SKPM SEKOLAH KITA
LAMBANG KEBANGGAN BERSAMA
CEKAP MENDIDIK SEMUA ANAK BANGSA
KE ARAH WAWASAN YANG MULIA

CEKAP, CEKAL, CERDAS KAMI BERDIKARI
SOPAN SERTA HORMAT BERDISIPLIN HARMONI
BERILMU, BERAMAL, BERIMAN
ITU MATLAMAT KAMI.